Dah kena scam? Buat ikut urutan ini.
Jangan panik dan jangan tunggu terlalu lama. Fokus dahulu pada menghentikan kerugian, menghubungi pihak yang betul dan menyimpan bukti untuk tindakan seterusnya.
Baru kena scam? Bertindak segera.
Masa sangat penting, terutama jika wang baru sahaja dipindahkan.
- Hentikan semua bayaran, pindahan wang dan komunikasi dengan scammer.
- Hubungi hotline scam / fraud bank anda dengan segera.
- Hubungi NSRC di 997 secepat mungkin.
Lindungi akaun dan peranti anda.
Kurangkan risiko scammer terus mendapat akses selepas kejadian pertama.
- Jika peranti mungkin telah dikompromi, gunakan peranti lain yang anda percayai.
- Tukar kata laluan bank, e-mel, e-wallet dan akaun penting yang terdedah.
- Hubungi bank untuk menyekat kad, akaun atau akses yang mungkin telah terjejas.
Simpan semua bukti scam.
Bukti yang tersusun membantu bank, NSRC dan polis memahami apa yang berlaku.
- Screenshot chat, profil, iklan, nombor telefon dan pautan yang digunakan.
- Simpan nombor akaun bank / e-wallet penerima dan nama penerima.
- Simpan resit transaksi, transaction ID, jumlah, tarikh dan masa.
Buat laporan polis secepat mungkin.
Laporan rasmi diperlukan untuk siasatan dan tindakan susulan.
- Bawa IC serta maklumat transaksi dan bukti yang telah dikumpulkan.
- Terangkan kronologi kejadian secara ringkas dan mengikut masa.
- Simpan nombor laporan dan nombor rujukan kes untuk urusan susulan.
Pantau akaun dan aktiviti anda.
Satu kejadian boleh menyebabkan cubaan kedua melalui akaun atau saluran lain.
- Periksa transaksi bank, kad dan e-wallet untuk aktiviti yang tidak dikenali.
- Semak amaran log masuk pada e-mel, media sosial dan akaun penting.
- Laporkan segera jika muncul transaksi atau akses baru yang mencurigakan.
Jangan kena “recovery scam”.
Mangsa scam sering menjadi sasaran pihak yang kononnya boleh mendapatkan semula wang.
- Jangan bayar “processing fee” atau bayaran awal untuk janji pemulangan wang.
- Jangan beri OTP, TAC, PIN, kata laluan atau akses peranti kepada sesiapa.
- Sahkan setiap arahan susulan melalui saluran rasmi bank, polis atau agensi berkaitan.
Tak pasti siapa perlu dihubungi?
Lihat saluran bantuan, agensi dan langkah yang sesuai mengikut situasi anda.
Rujukan rasmi: Polis Diraja Malaysia / NSRC 997 · Bank Negara Malaysia — Financial Scams. Maklumat kecemasan boleh berubah; semak saluran rasmi untuk kemas kini terkini.
Siapa Patut Saya Hubungi?
Pilih berdasarkan apa yang berlaku kepada anda. Setiap jenis kes mungkin memerlukan saluran yang berbeza — kami susun pilihan utama supaya anda tidak perlu meneka.
Wang baru dipindahkan atau ada transaksi yang anda tidak benarkan?
Jangan tunggu mencari agensi yang paling tepat. Untuk kerugian kewangan yang baru berlaku, utamakan tindakan segera ini.
Polis Diraja Malaysia
Bertindak segeraJSJK · Jenayah komersial
- Scam atau fraud yang melibatkan kehilangan wang atau unsur jenayah.
- Penyamaran, love scam, akaun keldai dan penipuan komersial.
- Membuat laporan polis untuk siasatan dan tindakan susulan.
Bank Anda / Bank Negara Malaysia
Bertindak segeraTransaksi bank & aduan kewangan
- Wang baru dipindahkan atau transaksi tidak dibenarkan dikesan.
- Kad, akaun atau akses perbankan mungkin telah terjejas.
- Isu berkaitan penyedia perkhidmatan kewangan selepas saluran bank digunakan.
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
PelaburanPelaburan & pasaran modal
- Aktiviti pelaburan berkaitan sekuriti atau pasaran modal yang mencurigakan.
- Entiti pelaburan tidak dibenarkan atau pihak menyamar sebagai entiti sah.
- Menyemak Investor Alert List.
KPDN / Tribunal Tuntutan Pengguna
Hak penggunaBarang, perkhidmatan & tuntutan pengguna
- Barang atau perkhidmatan tidak seperti yang dijanjikan penjual.
- Pertikaian pembelian pengguna termasuk transaksi online yang sesuai.
- Tuntutan yang berada dalam bidang kuasa Tribunal.
Suruhanjaya Syarikat Malaysia
Semakan entitiSyarikat, perniagaan & pendaftaran
- Isu berkaitan pendaftaran syarikat atau perniagaan.
- Perkara di bawah skop undang-undang SSM.
- Pertanyaan mengenai entiti dan pendaftaran.
CyberSecurity Malaysia · Cyber999
Keselamatan digitalInsiden keselamatan siber
- Phishing, laman palsu, spoofing atau akaun terjejas.
- Malware, malicious APK atau ransomware.
- Memerlukan bantuan atau laporan teknikal keselamatan siber.
MCMC / Consumer Forum Malaysia
TelcoTelekomunikasi & komunikasi
- Aduan telefon, internet, TV atau radio.
- Bil, caj atau salah nyata perkhidmatan.
- Pertikaian terma, penyediaan atau harga pelan.
我应该联系哪个单位?
按照实际发生的情况来选择。 不同案件可能涉及不同机构; 这里把主要渠道整理好, 让你不用自己猜应该找谁。
刚刚转了钱,或发现未经授权的银行交易?
不要为了寻找“最正确的机构”而耽误时间。 刚发生的财务损失, 先完成这三个紧急动作。
马来西亚皇家警察
立即处理商业罪案调查部 · 商业犯罪
- 涉及金钱损失或刑事成分的诈骗。
- 冒充、爱情骗局、钱骡账户及商业诈骗。
- 需要正式报警及后续调查。
你的银行 / 马来西亚国家银行
立即处理银行交易与金融投诉
- 刚刚转出款项或发现未经授权交易。
- 银行卡、账户或网上银行可能已经泄露。
- 涉及金融服务提供者的相关投诉。
马来西亚证券监督委员会
投资投资与资本市场
- 证券或资本市场相关可疑投资。
- 未获授权或冒充合法机构的投资实体。
- 查询 Investor Alert List。
KPDN / 消费人索偿仲裁庭
消费权益商品、服务与消费者索偿
- 商品或服务与商家承诺不符。
- 符合条件的消费及网上购买争议。
- 属于 Tribunal 管辖范围的消费者索偿。
马来西亚公司委员会
企业查询公司、商业与注册
- 公司或商业注册问题。
- 可能涉及 SSM 所执行法律范围的事项。
- 查询企业及注册相关信息。
CyberSecurity Malaysia · Cyber999
数字安全网络与数字安全事件
- 钓鱼网站、假网站或账户疑似被入侵。
- Malware、恶意 APK 或 ransomware。
- 需要网络安全技术协助或报告。
MCMC / 马来西亚通讯与多媒体消费者论坛
电讯电讯与通讯服务
- 手机、网络、电视或广播服务投诉。
- 账单、收费或服务误导。
- 服务条款、提供方式或配套价格争议。
Who Should I Contact?
Choose based on what happened to you. Different cases may require different channels — this section organises the main routes so you do not have to guess.
Was money just transferred, or did you notice an unauthorised transaction?
Do not lose time trying to identify the perfect agency. For a recent financial loss, prioritise these immediate steps.
Royal Malaysia Police
Act nowCCID · Commercial crime
- Scams or fraud involving financial loss or crime.
- Impersonation, romance scams and mule accounts.
- A police report is required for investigation.
Your Bank / Bank Negara Malaysia
Act nowBanking transactions & financial complaints
- Money was just transferred or an unauthorised transaction appeared.
- Your banking account or access may be compromised.
- A financial service complaint requires further handling.
Securities Commission Malaysia
InvestmentInvestment & capital markets
- Suspicious securities or capital-market investment activity.
- Unauthorised or clone investment entities.
- You need to check the Investor Alert List.
KPDN / Tribunal for Consumer Claims
Consumer rightsGoods, services & consumer claims
- Goods or services were not supplied as promised.
- An eligible consumer or online purchase dispute exists.
- The claim falls within the Tribunal's jurisdiction.
Companies Commission of Malaysia
Entity checkCompanies, businesses & registration
- Company or business registration matters.
- Potential breaches of legislation administered by SSM.
- Entity and registration information is required.
CyberSecurity Malaysia · Cyber999
Digital securityCyber security incidents
- Phishing, fraudulent sites or compromised accounts.
- Malware, malicious APKs or ransomware.
- Technical cyber incident assistance is required.
MCMC / Consumer Forum Malaysia
TelcoTelecommunications & communications
- Mobile, internet, TV or radio service complaints.
- Billing, charges or service misrepresentation.
- Terms, service delivery or package pricing disputes.